Friday 13 December 2013

Syair - Wahai Ibu


Memori lama..
Semasa berada di Semester 2 mengambil Diploma Pendidikan,
terdapat satu subjek wajib yang mesti diambil sebagai syarat wajib universiti. 
Kod Subjek : MPW 1213
Subjek : Bahasa Kebangsaan 

pada akhir semester, kami diminta mengadakan Hari Komunikasi Khalayak untuk mendapatkan lagi 20% markah bagi subjek tersebut. 

Saya telah dilantik sebagai Biro Persembahan untuk program tersebut. 
Persembahan dilakukan oleh 6 orang pelajar terbaik yang disaing terlebih dahulu di dalam kelas. 
Persembahan Syair sentiasa menjadi persembahan yang membosankan bagi ramai orang. Jadi, saya telah menggabungkan syair dan sajak ke dalam satu persembahan.
Persembahan tersebut memaparkan satu jalan cerita tanpa dialog dan hanya menggunakan syair dan sajak.


Setiap 3 syair tersebut dibawa oleh seorang penyair dan telah diselangkan dengan sajak yang penyajaknya cipta sendiri...

Kembang saya jadinya bila dipuji oleh ramai pihak termasuk beberapa pensyarah bahasa sendiri.
katanya, "the content and the storyline was so wonderfully done.. "

walaupun saya belajar Bahasa Inggeris,
Bahasa ibunda saya tetap tidak akan dilupakan.

Bahasa Melambangkan Bangsa 

No comments:

Post a Comment